Khamis, 19 April 2012

Jika kita melakukan sesuatu dan mengharapkan kejayaan daripadanya kita perlu berusaha sedaya upaya dan jangan lupa segala perbuatan kita niatkan sebaik-baik kerana-Nya.
Insya-allah apa yang kita inginkan akan tercapai dengan usaha yang setimpal,doa yang berterusan dan keredhaan dari-Nya.
Jika hasil yg kita perolehi tidak mampu menggembirakan hati kita, janganlah mengeluh dan berputus asa wahai hati-hati sekalian..sesungguhnya terdapat lagi rezeki yang Allah sediakan untuk setiap umatnya.
"jika Allah cepat makbulkan doamu maka Dia sangat menyayangi dirimu,
jika Allah lambat memakbulkan doamu maka Dia sedang menguji dirimu,
jika Allah tidak memakbulkan doamu maka jangan bersedih kerana sesungguhnya Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk dirimu"
*kata-kata ini menjadi pengubat hati saya ketika bersedih dan peringatan jika saya ingin mencapai sesuatu perkara dalam kehidupan.